Tarikh Penting

Latar Belakang Fakulti

Fakulti Bahasa dan Pendidikan (FBP) telah dinaiktarafkan daripada Pusat Bahasa dan Pengajian Umum mulai 1 Mei 2017.

Terdapat dua (2) jabatan yang diwujudkan di bawah FBP iaitu Jabatan Bahasa dan Jabatan Pendidikan.

Jabatan Pendidikan menawarkan program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAKK) yang mempunyai jumlah pelajar terbesar di KUIM.

Dalam masa yang sama, program pascasiswazah pendidikan iaitu Sarjana Pendidikan (M.Ed) dan Doktor Falsafah (Ph.D) telahpun ditawarkan dalam bentuk penyelidikan sepenuhnya kepada pelajar-pelajar.

Manakala, Jabatan bahasa kini menawarkan program Diploma Bahasa Arab Kerjaya dan akan menawarkan Diploma Bahasa Inggeris untuk Golongan Profesional.

Seterusnya pihak FBP juga menawarkan kursus Wajib Kolej Universiti (WKU) kepada pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, di samping kursus Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin sebagai elektif.

 

Media Sosial

Hubungi Kami

 Fakulti Bahasa dan Pendidikan 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/fbp2019
E-mail Rasmi Pentadbiran FBP : aliff@kuim.edu.my
+606-3878251
+606-3878251