Fakulti Bahasa dan Pendidikan (FBP) telah dinaiktarafkan daripada Pusat Bahasa dan Pengajian Umum mulai 1 Mei 2017. Terdapat dua (2) jabatan yang diwujudkan di bawah FBP iaitu Jabatan Bahasa dan Jabatan Pendidikan. Jabatan bahasa bakal menawarkan dua (2) program baru iaitu Diploma Bahasa Arab Kerjaya dan Diploma Professionals English. Seterusnya pihak FBP juga menawarkan kursus Wajib Kolej Universiti (WKU) kepada pelajar diploma dan ijazah sarjana muda, di samping kursus Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin sebagai elektif. Manakala, Jabatan Pendidikan kini telahpun menawarkan program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAKK) yang mendapat sambutan yang begitu baik pada waktu ini. Dalam masa yang sama, program pascasiswazah pendidikan iaitu Sarjana Pendidikan (M.Ed) dan Doktor Falsafah (Ph.D) telahpun ditawarkan dalam bentuk penyelidikan sepenuhnya kepada pelajar-pelajar.