Ijazah Sarjana Sains Pengurusan

 

Ijazah Sarjana Sains Pengurusan

Kod Pengiktirafan : JPT/BPP(N/345/7/0060) 04/26 (FA 0610)
Tempoh Pengajian : 2 tahun (minimum), 4 tahun (maksimum)
Mod Pengajian : Sepenuh Masa ( Tesis )



Syarat Kemasukan :

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum 2.75 dan ke atas; ATAU
  2. Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum 2.50 – 2.74 dengan syarat  DIPUTUSKAN melalui perincian penilaian  dalaman KUIM ; ATAU
  3. Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum 2.00 – 2.49 dengan syarat  LAYAK dengan 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang relevan ; ATAU
  4. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
  5. Bagi pelajar antarabangsa, skor TOEFL 600 ATAU skor IELTS 6.0 ATAU yang setara.

 

Prospek kerjaya :

Ijazah Sarjana Sains Pengurusan menekankan pembangunan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam perkembangan kerjaya sama ada di dalam negara atau di peringkat antarabangsa.

Graduan Sarjana Sains (Pengurusan) boleh menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang yang sama atau berkaitan di mana-mana universiti di Malaysia atau luar negara.

Graduan juga layak dan berkebolehan menjawat jawatan dalam sektor awam ataupun swasta. Antara jawatan yang sesuai ialah Pensyarah, Pengurus, Penyelidik, Penganalisis Pengurusan, Pakar Sumber Manusia, Pentadbir Universiti, Pengurus Perkhidmatan Pentadbiran, Penganalisis Kewangan, Penganalisis Penyelidikan Pasaran, Pakar Operasi Perniagaan.

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

 Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi 
Universiti Melaka 
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.unimel.edu.my/fipt
Email Rasmi : fipt@unimel.edu.my
+606-3878341
+606-3878476