PENGENALAN

 

Fakulti Inovasi Perniagaan Dan Teknologi ditubuhkan pada tahun 1994. Fakulti ini beroperasi di Kampus Utama, Kuala Sungai Baru, Melaka. Fakulti ini menyediakan program-program berorientasikan pengurusan, perniagaan dan sains teknologi. Program yang menjadi perintis kepada fakulti ini adalah Diploma Pemasaran dan Diploma Perakaunan. Ini diikuti dengan penawaran program Diploma Sistem Maklumat Perniagaan dan Diploma Kewangan. Tiga program baru telah diperkenalkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dan Diploma Pengurusan Inovasi. Semua program diploma yang ditawarkan melibatkan 3 tahun pengajian manakala untuk program Ijazah Sarjana Muda ialah selama 4 tahun. Fakulti ini juga menyediakan fasiliti untuk sesi pengajaran dan pembelajaran seperti bilik kuliah berhawa dingin serta alat bantu mengajar. Terdapat 6 bilik kuliah serta 3 dewan kuliah untuk kegunaan mahasiswa/i. Pengetahuan yang diterapkan melalui subjek-subjek yang ditawarkan bagi setiap program adalah bertepatan dengan peredaran masa dan secara tidak langsung menyediakan mahasiswa/i untuk pasaran kerja masa kini. Graduan-graduan Fakulti Inovasi Perniagaan Dan Teknologi  telahpun berjaya melanjutkan pengajian mereka di universiti awam dan mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta.

 

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

 Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/fipt
email Rasmi : infofipt@kuim.edu.my
+606-3878341
+606-3878476