Diploma Pemasaran

 

Diploma Pemasaran

Kod Pengiktirafan : (R/342/4/0101) 06/24 (A9754)
Tempoh Pengajian : 2 tahun (6 semester)
Kemasukan : Jun / Disember
Mod Pengajian : Sepenuh Masa
Yuran Pendaftaran : RM 550.00
Yuran Pengajian : RM 14,050.00 *Tidak Termasuk Asrama
Yuran Pengajian (Antarabangsa) : RM 18,840.00 *Tidak Termasuk Asrama
Yuran Asrama : Yuran Asrama Bermula Dari RM 180 - RM 220 (Sebulan) Bergantung Pada Kategori Bilik



Biasa kita akan dengar mereka akan menyebut anda berjaya untuk ke Diploma Pemasaran. Mungkin sepintas lalu anda akan dapat gambaran awal bahawa ia pengajian tentang perniagaan. Pengajian dalam bidang pemasaran memanglah meliputi ruang lingkup perniagaan, tetapi ia lebih dikhususkan pada pengajian dalam teknik memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang dibuat.

Dalam dunia perniagaan, kaedah pemasaran yang sama dan tidak menarik membuatkan sesuatu usaha menjadi sia-sia. Dalam bidang perniagaan teknik pemasaran haruslah mempunyai kepelbagaian, unik serta terkini. Hal ini kerana bukan mudah untuk menarik hati pelangan sekiranya kurang kemahiran psikologi serta teknik lain. Sekiranya diterima mengikuti kursus Diploma dalam bidang pemasaran mungkin tujuan di bawah menjadi matlamat pengajian anda :

  • Belajar untuk pegetahuan profesional  serta kemahiran untuk mengendalikan jualan dan pemasaran yang berkesan dalam pelbagai situasi terkini serta dinamik.
  • Belajar untuk beretika, professional, berperikemanusiaan dalam mengurus jualan dan pemasaran produk dan servis.
  • Belajar untuk lebih berfikiran kreatif, kritis serta mempunyai kebolehan menganalisis dan kemahiran menyelesaikan masalah yang baik.
  • Belajar untuk ilmu pengurusan seperti kewangan, perakaunan, pemasaran, keusahawanan, serta pengurusan sumber manusia yang lebih cekap.

Belajar dalam bidang ini sudah pastinya berkisarkan perniagaan dan pengurusan, lepasan kursus ini mampu ke institusi kerajaan dan banyak juga peluang ke institusi swasta.

Syarat Kemasukan:
  1. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian (kredit) atau;
  2. LULUS Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (GP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran; atau
  3. LULUS Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum gred Maqbul; atau
  4. LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan, DAN LULUS SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran; atau
  5. LULUS Sijil (Tahap 3, Kerangka Kelayakan Malaysia) atau setaraf; atau
  6. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya.

    Pelajar antarabangsa perlu memenuhi keperluan Bahasa Inggeris dengan mendapat minimum International English Language Testing System (IELTS) 5.0 atau setaraf.
Peluang Kerjaya:
  1. Eksekutif Pemasaran
  2. Eksekutif pengiklanan
  3. Pembantu perhubungan awam
  4. Usahawan
 
Struktur Program
 Bahasa Arab 1

English For Practical Use

Fiqh Ibadah

Apresiasi Teknologi Maklumat

Pengajian Malaysia 2

Tilawah Al–Quran  

Matematik Perniagaan

Perakaunan  Kewangan

Prinsip Pemasaran

Prinsip Pengurusan

Komunikasi Perniagaan

 Ko- Kurikulum

Kursus Elektif 1 (Cross Faculty)

Undang-Undang Perniagaan

Prinsip Ekonomi

Aqidah Dan Akhlak

Bahasa Arab 2

English Specific Purpose

Kursus Elektif 2

Statistik Perniagaan

E-Perniagaan

Gelagat Pengguna

 Asas Peruncitan

Pemasaran Perkhidmatan

Gelagat Organisasi

Keusahawanan

Ekonomi Islam

Asas Pengurusan Kewangan

Prinsip Asas Kejurujualan

Periklanan

Strategi Pemasaran

Penyelidikan Pemasaran

Pengurusan Produk

Kursus Elektif 3

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

 Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/fipt
email Rasmi : infofipt@kuim.edu.my
+606-3878341
+606-3878476