Kata Aluan Pengarah

 

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan dengan izinNYA, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) masih menjadi pilihan anak muda untuk meneruskan pengajian dalam bidang akademik.

Saya berharap agar pelajar-pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang berada di universiti sekaligus menjadi graduan yang berketrampilan dan mampu bersaing dalam menempuhi era globalisasi yang semakin mencabar.

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada saudara dan saudari yang telah berjaya melangkah menuju impian bagi mencapai cita-cita memasuki KUIM. Kejayaan anda berada di universiti ini merupakan amanah dan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

 

Sekian, terima kasih.

Baharom bin Said
Pengarah
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/hepa
email Rasmi : hepa@kuim.edu.my
+606-3878412
+606-3878073