PENEMPATAN PELAJAR (RUMSIS)

Unit Penempatan merupakan satu unit yang menguruskan hal-hal berkaitan asrama pelajar yang dinamakan sebagai Rumah Siswa/wi (RUMSIS) termasuk hal-hal berkaitan pelajar yang mendiami sesebuah asrama tersebut. Antara hal-hal yang berkaitan dengan Unit Penempatan adalah seperti menguruskan penginapan pelajar  agar segala kemudahan dapat disediakan bagi memastikan keselesaan kepada pelajar. Selain itu, unit ini juga sangat menitik beratkan keadaan bangunan yang kondusif serta persekitran asrama yang baik bagi menjamin keselamatan dan semangat pelajar untuk terus belajar. Kini terdapat 9 unit penempatan di KUIM iaitu :

RUMSIS MAHASISWI :

a) Saidina Usman 

b) Saidina Umar

c) Saidina Hassan

d) Saidina Hussin

e) Tun Teja

 f) Tun Fatimah

 g) Sungai Baru Ilir(SBI) 

RUMSIS MAHASISWA : 

a) Saidina Abu Bakar

b) Saidina Ali

KUIM dalam proses menyiapkan dan menyediakan bangunan RUMSIS yang baru yang boleh memuatkan seramai 7000 orang pelajar dan dijangka akan siap pada 2019 akan datang. Pembangunan rumsis ini adalah sebagai persediaan untuk menaik taraf KUIM ke peringkat Universiti penuh tidak lama lagi.

 

Permohonan RUMSIS (Rumah Siswa/Siswi)

Unit ini akan menguruskan permohonan penginapan bagi setiap pelajar KUIM yang ingin menginap sepanjang semester pengajian mereka. Unit ini akan berhubung dengan unit-unit yang lain seperti unit kewangan dan unit teknologi bagi menyalurkan maklumat berkaitan yuran asrama dan status permohonan pelajar melalui sistem yang ada. Bagi pelajar Semester 1 & 2 pengajian adalah diwajibkan untuk kekal di RUMSIS dan tidak boleh keluar atau menyewa sendiri di luar. Pelajar yang ingin menyewa sendiri atau kekal di rumsis perlu membuat permohonan kepada unit ini dan mendapatkan pengesahan dari pegawai yang telah ditetapkan.

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/hepa
email Rasmi : hepa@kuim.edu.my
+606-3878412
+606-3878073