PERKEMBANGAN MAIN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK AWAL

Zaleha Damanhuri

Abstract


Main adalah aktiviti rutin yang dilakukan oleh kanak-kanak agar mencapai perkembangan yang holistik. Main dalam kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu (i) main kognitif dan (ii) main sosial. Melalui permainan kanak-kanak belajar meneroka dunia persekitaran mereka. Main membantu kanak-kanak beradaptasi dalam persekitaran budaya, masyarakat, agama dan adat resam mereka. Main adalah satu aktiviti yang bersifat spontan dan member pengalaman yang bermakna kepada kanak-kanak, ini kerana mereka membina konsep, pemahaman dan kemahiran secara semulajadi. Justeru ibu bapa dan ahli masyarakat seharusnya memberi ruang dan peluang untuk setiap kanak-kanak bermain dengan pemantauan dan bimbingan. Para ibu bapa sebaiknya menerangkan peraturan dan panduan bermain kepada kanak-kanak agar meeka belajar untuk bertanggungjawab ke atas setiap tindakan mereka.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.