KEPIMPINAN WANITA MENURUT PERSPEKTIF SIASAH SYAR`IYYAH

Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy

Abstract


Kepimpinan wanita melalui pelbagai bentuk, tahap, peranan dan penglibatan adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal bahkan jumlahnya semakin meningkat dalam tadbir urus sesebuah negara. Namun, isu berkaitan kepimpinan wanita sering dibangkitkan. Khasnya apabila peratusannya dalam jawatan tertinggi masih rendah berbandingan kaum lelaki dan jumlah tenaga kerja wanita. Pelbagai faktor telah diutarakan yang menjadi penyumbang kepada keadaan ini antaranya pemikiran yang condong kepada patriaki dan agama. Persoalannya benarkah agama menghadkan peranan wanita dalam kepimpinan?.Adakah ada faktor lain yang perlu diteliti? Justeru, kertas ini bertujuan untuk menghuraikan kedudukan kepimpinan wanita berasaskan perspektif siasah syar`iyyah. Ia dihuraikan daripada enam aspek iaitu konsep kepimpinan wanita, konsep siasah syar`iyyah dan maslahah, tokoh pemimpin wanita dalam sejarah Islam, hukum wanita memimpin, faktor yang menyumbang kepada perbezaan tindak balas dan gaya kepimpinan serta pencapaian kedudukan kepimpinan wanita dalam tadbir urus di Malaysia. Gabungan kesemua aspek ini dianalisis secara deskriptif dan deduktif bagi mendapatkan gambaran tentang kedudukan kepimpinan wanita menurut perspektif siasah syar`iyyah di Malaysia. Penulisan ini menggunakan metod kualitatif iaitu analisis kandungan terhadap sumber al-Quran dan hadis berdasarkan pandangan tokoh pemikir Islam antaranya al-Mawardi, Ibn Hajar al-Haitami, Syed Qutb, Wahbah Zuhaili, Yusof al-Qaradawi dan Sheikh al-Sya`rawi. Penulisan ini juga melakukan survei terhadap beberapa kajian literatur yang berkaitan kepimpinan wanita selain menggunakan metod dokumentasi iaitu dokumen resmi kerajaan termasuk Dasar Wanita Negara 2009 dan Rancangan Malaysia Ke-11.Hasil analisis ini mendapati antaranya bahawa kepimpinan wanita menurut perspektif siasah syar`iyyah ditentukan bukan sahaja dari aspek fiqh tetapi juga faktor persekitaran yang mempengaruhi kemaslahatan pemimpin dan yang dipimpin. Ia termasuk faktor fisiologi, psikologi, persekitaran kerja, budaya politik, budaya organisasi, jenis pekerjaan, bebanan kerja, personaliti dan pegangan agama.

Keywords


Kepimpinan Wanita; Siasah Syar'Iyyah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan