SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG
KOLOKIUM PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2018
Assalamualaikum WBT./ Salam Sejahtera.
YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
JEMPUTAN PENYERTAAN KOLOKIUM PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2018 ANJURAN UNIT PENYELIDIKAN, PERUNDINGAN DAN INOVASI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM).
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Penyelidikan, Perundingan Dan Inovasi Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) akan menganjurkan KOLOKIUM PENYELIDIKAN KEBANGSAAN 2018 pada 18 JANUARI 2018 dengan tema “Memartabatkan Penyelidikan Ke Arah Kesejahteraan Masyarakat”.
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati ingin memohon jasa baik pihak YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan menyertai kolokium ini sama ada sebagai pembentang kertas kerja/peserta. Maklumat lanjut program ini adalah sepertimana butiran di bawah dan poster turut dilampirkan untuk rujukan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.
4. Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Prof / Dr./ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Salam hormat,
Urusetia
Kolokium Penyelidikan Kebangsaan 2017
PENGENALAN
KUIM adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang agresif perkembangannya daripada aspek fizikal dan ilmiah dalam menuju ke arah status universiti penuh. KUIM adalah lambang perkembangan ilmu duniawi dan ukhrawi yang menjadi antara hub penting akademik di negeri Melaka. Justeru, adalah penting bagi KUIM untuk memiliki tenaga akademik yang berkebolehan untuk membuat penyelidikan dan seterusnya mampu membuat penulisan hasil kajian dengan cekap dan berkesan.
Melihat kepada perlunya KUIM untuk memantapkan bidang penyelidikan selari dengan hasrat KUIM yang akan mencapai taraf Universiti penuh, maka tercetuslah idea dengan penganjuran Kolokium Penyelidikan Kebangsaan KUIM. Kolokium ini merupakan garapan awal dalam menyuburkan bidang penyelidikan di kalangan warga akademik KUIM. Melalui Kolokium Penyelidikan ianya dapat menyebar luas hasil-hasil penyelidikan kepada warga penyelidik yang lain selain dapat bertukar-tukar pandangan dan idea berkaitan dengan penyelidikan dengan institusi lain.
![]() | Today | 1 |
![]() | Yesterday | 1 |
![]() | This Week | 9 |
![]() | This Month | 29 |
![]() | All Day | 7752 |