MAKLUMAT SIP

Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.

 

1. Menyediakan bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) kepada pencarum yang hilang                pekerjaan.

2. Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baharu melalui program penempatan semula                    pekerjaan termasuk bantuan mobiliti

3. Meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang pekerjaan melalui program latihan & latihan vokasional 

KELAYAKAN PEKERJA YANG DIINSURANKAN UNTUK TUNTUTAN

Semua pekerja yang diinsuranskan (dimaksudkan sebagai orang berinsurans) yang kehilangan pekerjaan kecuali:

  1. Perletakan jawatan secara sukarela oleh orang berinsurans;
  2. Tamat tempoh kontrak perkhidmatan orang berinsurans;
  3. Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan dan orang berinsurans tanpa terma dan syarat;
  4. Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;
  5. Persaraan orang berinsurans ; atau
  6. Penamatan kontrak perkhidmatan orang berinsurans disebabkan oleh salah laku.

Syarat kelayakan utama yang perlu dipenuhi oleh penerima faedah adalah mereka mesti mampu bekerja, bersedia untuk bekerja dan mencari pekerjaan secara aktif.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi Pejabat PERKESO Negeri Melaka


Pejabat PERKESO Negeri Melaka,
Wisma PERKESO,
Jalan Persekutuan MITC, 
Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 
75450 Melaka

Talian am     : 06 - 251 6888
Faks             : 06 - 232 6587
E-mel           : pksmelaka

Makluman Terkini

TERJEMAHAN