Informasi Terkini

TAJUK PENYELIDIKAN GERAN LUAR DARI BEBERAPA AGENSI KERAJAAN SEDIA UNTUK DIMOHON. KUMPULAN PENYELIDIK YANG BERMINAT DIALU-ALUKAN MENGHATAR KERTAS CADANGAN KE PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (PPP/RMC) UNTUK SEMAKAN DAN SEKIRANYA DITERIMA, KUMPULAN AKAN MEMBENTANGKAN KERTAS CADANGAN TERSEBUT KEPADA AGENSI YANG TERLIBAT. BERIKUT ADALAH TAJUK PENYELIDIKAN DAN AGENSI YANG MENAWARKANNYA.

Berikut adalah tajuk penyelidikan dan agensi yang menawarkannya.

 

Mengkaji faktor kegagalan program-program keusahawanan yang dijalankan di Malaysia. Apakah solusi? (Case Study untuk Jabatan Penjara Malaysia).
PENJARA DUSUN DATUK MURAD (PDDM), MELAKA

 

Mengapa banduan kembali melakukan kesalahan setelah keluar daripada Penjara. Kajian perbandingan dengan mengapa golongan asnaf kembali merayu atau kerap meminta bantuan daripada MAIM setelah beberapa kali menerimanya.
PENJARA DUSUN DATUK MURAD (PDDM), MELAKA DAN MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM)

 

Pemilihan IPT dalam kalangan pelajar di negeri Melaka, kenapa pelajar di negeri Melaka kurang sambung belajar di dalam negeri Melaka.
SPEAKER DUN MASJID TANAH

 

Masalah disiplin (jenayah, vandalisme, merempit, ketagihan dadah dll) bermula dari pelajar sekolah sehingga ke pelajar IPT di negeri Melaka.
POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

 

Sekolah venikular, barah kepada perpaduan. Peranan pendidikan dalam perpaduan kaum. Kenapa orang bukan melayu kurang berminat masuk ke sekolah kebangsaan, bagaimana memperkukuhkan pendidikan kebangsaan.
JABATAN PERPADUAN

 

Penukaran nama tempat di Melaka dan persepsi terhadap patriotisme.
JABATAN PERPADUAN

 

Model perpaduan berdasarkan asimilasi kumpulan minoriti di Melaka seperti Baba Nyonya, Cheti dan Serani. Bagaimana mereka boleh asimilasi dalam budaya masyarakat Melaka.
JABATAN PERPADUAN

 

Faktor pendorong pembayaran Zakat di negeri Melaka.
MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM)

 

Isu Fatwa kesan daripada Covid 19.
MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM)

 

Penagihan dadah berulang.
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)

Poster

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

 Unit Penyelidikan, Perundingan & inovasi (UPPI)
   
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/uppi
email Rasmi : uppi@kuim.edu.my
+606-3878461
+606-3878411