KLINIK GUAMAN SYARIE


FAKULTI UNDANG-UNDANG, GOVERNAN

DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA


KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

 

PENGENALAN

KUIM adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang agresif perkembangannya daripada aspek fizikal dan ilmiah dalam menuju ke arah status universiti penuh. KUIM adalah lambang perkembangan ilmu duniawi dan ukhrawi yang menjadi antara hub penting akademik di negeri Melaka yang berteraskan kepada pengajian Islam. Justeru, adalah penting bagi KUIM untuk memiliki tenaga akademik yang kompeten dan berkebolehan untuk memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat setempat khususnya umat Islam di sekitar Negeri Melaka.

 

Oleh yang demikian, melihat kepada perlunya KUIM memantapkan kebolehan tenaga akademiknya, FUG melalui UPPI telah menubuhkan Klinik Guaman Syarie (KGS) yang berperanan untuk memberikan khidmat perundingan dan konsultasi kepada klien terutamanya dalam bidang perundangan Islam. Selain itu, KGS ini juga akan memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar FUG dalam bidang perundangan Islam khususnya untuk mempelajari dan mempraktikkannya secara amali dari aspek dokumentasi, khidmat perundingan kepada klien dan tatacara berkaitan Mahkamah Syariah yang perlu dipatuhi.

TERJEMAHAN