OBJEKTIF

 

Klinik Guaman Syarie bertujuan untuk mendedahkan kepada pensyarah yang mempunyai kelayakan dan kepakaran untuk memberikan khidmat perundingan dan konsultasi dalam bidang perundangan Islam kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada golongan staf dan pelajar KUIM, masyarakat setempat dan orang awam keseluruhannya. Objektif penubuhan KGS secara khusus adalah seperti berikut:

 

ü Meningkatkan kemahiran amali dalam kalangan staf akademik berkaitan hukum syarak, kaunseling dan guaman syarie.

ü Memberikan khidmat perundingan dan konsultasi kepada klien berkaitan hal ehwal kekeluargaan, jenayah syariah dan pentadbiran harta orang Islam di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah.

ü Mempertingkatkan penyelidikan oleh staf akademik bersama pihak pengamal undang-undang dalam permasalahan perundangan Islam yang memerlukan kajian terperinci dan masih belum diterokai.

ü Menjadi pusat sumber dan pusat latihan amali bagi mahasiswa yang mengikuti program berteraskan kepada perundangan Islam.

ü Menilai dan menganalisis kes-kes terpilih yang terkandung dalam Jurnal Hukum dan yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah.










TERJEMAHAN