Calon Warganegara
i. Sama ada satu (1) daripada yang berikut:
- Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau *setaraf dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.5;
- Lulus ‘A’ Level dengan minimum gred C dalam tiga (3) subjek lain;
- Lulus Matrikulasi/Asasi dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.5;
- Lulus mana-mana Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.5 (tiada pindahan kredit) bersamaan MQF Tahap 4;
- Lulus Diploma Kejururawatan daripada institusi yang diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia dengan sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman kerja klinikal. (Pindahan kredit dibenarkan)
DAN
ii. Semua calon yang memiliki STPM, ‘A’ Level, Matrikulasi/Asasi dan lulus mana-mana Diploma kecuali Diploma Kejururawatan WAJIB memiliki:
Sama ada satu (1) daripada kredit di bawah:
- Sains/ Biologi/ Kimia/ Fizik/ Sains Gunaan pada SPM atau yang setaraf dengannya.
DAN
- Kepujian dalam Matematik (Tambahan atau Moden) pada SPM atau yang setaraf dengannya.
DAN
iii. MUET dengan minimum Band 3/ Perkhidmatan Ujian Bahasa Inggeris (IELTS) dengan markah minimum 5.5/ Ujian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing (TOEFL) dengan skor minimum 515 / 215 / 80 / Kredit dalam Bahasa Inggeris pada tahap SPM.
Calon Bukan Warganegara
i. Sama ada satu (1) daripada yang berikut:
- Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau *setaraf dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.5;
- Lulus ‘A’ Level dengan minimum gred C dalam tiga (3) subjek lain;
- Lulus Asasi dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.5;
- Lulus mana-mana Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.5 (tiada pemindahan kredit) *setaraf MQF Tahap 4;
- Lulus Diploma Kejururawatan dan Berdaftar dengan Majlis Jururawat negara asal.
- Pengalaman kerja klinikal sekurang-kurangnya dua (2) tahun. (Pindahan kredit dibenarkan)
DAN
ii.Semua calon yang memiliki STPM, ‘A’ Level, Asasi dan lulus mana-mana Diploma kecuali Diploma Kejururawatan WAJIB memiliki:
Sama ada satu (1) daripada kredit di bawah (gred minimum C):
- Sains Am/ Biologi/ Kimia/ Fizik/ Sains Gunaan pada SPM atau *setaraf dengannya.
DAN
- Kepujian dalam Matematik (Tambahan atau Moden) pada SPM atau *setaraf dengannya.
DAN
- Perkhidmatan Pengujian Bahasa Inggeris (IELTS) dengan skor minimum 5.5/ Ujian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing (TOEFL) dengan skor minimum 515 / 215 / 80.
- Cambridge English Advanced (CAE)
- Cambridge English Proficiency (CPE)
- Pearson Test English (PTE)