Kata Aluan Pengarah

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan dengan izin-NYA, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) masih menjadi Institusi Pengajian Tinggi Islam yang pertama di Melaka untuk mahasiswa dan mahasiswi menyambung pengajian dalam bidang Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Saya berharap agar mahasiswa dan mahasiswi KUIM dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang berada di KUIM. Alumni KUIM juga diharap dapat menyeimbangkan ilmu duniawi dan akhirat apabila menjawat jawatan dalam bidang pekerjaan kelak.

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada mahasiswa/i yang baru mendaftar di KUIM. Anda telah membuat pilihan yang bijak. Kejayaan anda berada di universiti ini merupakan amanah dan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

 

Sekian, wassalam.

Hj. Noor Jeffri Bin Hj. Abdul Wahab

Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Akademik

Kolej Universiti Islam Melaka

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Pautan Pantas

Hubungi Kami

HAL EHWAL AKADEMIK 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/hea
email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+606-3878420/8972/6196/8417
+606-3878368