UNIT SUKAN





Unit Sukan berperanan sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan untuk pelajar dan staf KUIM  ini bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan kecergasan fizikal pelajar selain membentuk sahsiah dan personaliti mantap sebagai seorang mahasiswa. Sasaran Unit Sukan adalah untuk melibatkan seramai 80% masyarakat kampus aktif di dalam kegiatan sukan. Unit Sukan juga berperanan untuk meningkatkan imej KUIM melalui pencapaian cemerlang dalam bidang sukan. Sukan yang diberikan tumpuan adalah bolasepak, futsal, bola jaring dan sepak takraw.

Unit Sukan juga bertanggungjawab mengurus, mengawal, dan menyelenggara kemudahan sukan. Kemudahan sukan yang disediakan adalah mengikut spesifikasi badan–badan sukan yang berkenaan. Kebanyakan kemudahan yang boleh digunakan oleh pelajar dan staf KUIM terletak di Kompleks Sukan TARIQ ZIYAD yang terdiri dari sebuah stadium lengkap dengan balapan dan padang bola sepak , tiga (3) gelanggang futsal pelbagai guna, dua (2) buah gelanggang petanque, sebuah gelanggang bola tampar dan dua buah gelanggang sepak takraw terbuka. Selain kegunaan futsal, tiga (3) buah gelanggang bola tampar, tiga (3) buah gelanggang takraw juga boleh digunakan di gelanggang yang sama. Spesifikasi gelanggang ini adalah separa penuh (Rujuk Gambar). Selain itu, terdapat juga kemudahan lain iaitu trek jogging di tasik berhadapan pintu utama KUIM.

Unit Sukan turut giat menjalankan aktiviti seperti Sukan Antara Fakulti (pelajar) dan Kejohanan Sukan Dalaman(staff).Unit Sukan juga menyertai sukan yang dianjurkan pihak luar seperti SUKIPT (Sukan Intitut Pengajian Tinggi), Sukan Masiswa (Sukan IPTS Malaysia), IPTIM (Sukan Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia), Sukan IPT Melaka (dianjurkan Kerajaan Negeri Melaka) dan juga menyertai kejohanan–kejohanan jemputan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, parlimen, dan DUN Melaka.

 

 Kemudahan Sukan dan Rekreasi :

 

  • Stadium Tariq Al-Ziyad bersama trek lapan (8) lorong
  • Gelanggang futsal / pelbagai guna separa tertutup
  • Padang bola
  • Dua (2) buah gelanggang petanque
  • Gelanggang bola tampar terbuka
  • Tiga (3) buah gelanggang takraw terbuka
  • Sebuah (1) gelanggang bola jaring terbuka
  • Peralatan sukan
  • 30 unit basikal

 




TERJEMAHAN