KOMITMEN AFEKTIF SEBAGAI PENGANTARA DALAM MEMPENGARUHI SOKONGAN ORGANISASI, NILAI KEAGAMAAN DAN BEBAN KERJA TERHADAP PRESTASI KERJA KAKITANGAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) DI MELAKA

Norsalman Mohd Nor, Abdul Mutalib Mohamed Azim, Nurul Afiqah Abd Rahman, Roslinawati Ibrahim, Noor Fariza Hasini

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh komitmen afektif sebagai pengantara dalam hubungan antara sokongan organisasi, nilai keagamaan, beban kerja dan prestasi kerja. Pengumpulan data kajian melibat kakitangan akademik atau bukan akademik di institut pengajian tinggi di negeri Melaka. Seramai 261 orang responden daripada tujuh institut pengajian tinggi yang dipilih secara rawak mudah telah menjawab soalan. Hasil kajian mendapati nilai keagamaan mempengaruhi prestasi kerja, sokongan organisasi juga mempengaruhi prestasi kerja dan beban kerja mempengaruhi komitmen organisasi. Kajian ini juga mendapati sokongan organisasi, nilai keagamaan dan beban kerja mempengaruhi komitmen afektif dan komitmen afektif mempengaruhi prestasi kerja. Akhir sekali, bagi ujian pengantara, komitmen afektif mempengaruhi secara signifikan hubungan antara sokongan organisasi, nilai keagamaan, beban kerja dan prestasi kerja. Batasan kajian ini adalah tertumpu di negeri Melaka dan IPT yang di pilih juga secara rawak dan ini mungkin menyebabkan kekurangan dalam faktor persekitaran. Untuk kajian masa hadapan dicadangkan memperluaskan kawasan dan negeri kajian dan menambah jumlah responden agar satu kajian yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan. Kajian ini merumuskan bahawa sokongan organisasi, nilai keagamaan dan beban kerja mempengaruhi komitmen afektif dan seterusnya memberi kesan kepada prestasi kerja.

 

Kata Kunci: Komitmen Afektif, Sokongan Organisasi, Nilai Keagamaan, Beban Kerja, Prestasi Kerja


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.