PERANAN TINGKAHLAKU KEWARGAAN ORGANISASI SEBAGAI NILAI TAMBAH DALAM DIRI PENSYARAH DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA DI MALAYSIA

Muhammad Yasin Omar Mokhtar, Mohamad Nasir Saludin

Abstract


Bidang pendidikan merupakan antara bidang yang mencabar di Negara kita ini. Bidang pendidikan ini mendesak para pensyarah untuk memberikan tingkahlaku tambahan bagi membantu organisasi mencapai satu peringkat yang terbaik terutamanya pensyarah yang berada di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Antara tingkahlaku yang dituntut yang perlu ada pada masa kini sudah tentunya Tingkahlaku Kewargaan Organisasi. Tingkahlaku ini juga hadir dengan kewujudan peramal-peramal lain seperti komitmen organisasi, keadilan organisasi serta persekitaran organisasi. Pengkaji telah menterjemahkan konsep yang secara menyeluruh menyentuh bagaimana organisasi khususnya pekerja di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) boleh berfungsi dengan baik. Tingkahlaku kewargaan organisasi dilihat sebagai peramal yang boleh membantu para pensyarah di IPTS lebih berdaya maju dan seterusnya dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja. Kajian ini merupakan asas kepada kajian yang lebih empirikal pada masa hadapan seperti mencari hubung kait Tingkahlaku Kewargaan Organisasi dengan peramal-peramal lain seperti komitmen organisasi, keadialan organisasi dan juga persekitaran organisasi.

 

Kata kunci : Tingkahlaku Kewargaan Organisasi


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.