PENERIMAAN USAHAWAN KECIL MUSLIM DI KELANTAN TERHADAP AR-RAHNU: ANALISIS DARI PERSPEKTIF FAKTOR PROMOSI

Salimah Yahaya, Hainnur Aqma Rahim

Abstract


Ar-Rahnu beroperasi menggunakan prinsip-prinsip Islam. Namun masih berlaku salah faham masyarakat terhadap Ar-Rahnu dengan anggapan bahawa Ar-Rahnu menjalankan operasi yang sama seperti pajak gadai konvensional. Selain itu, sukar untuk mengubah pemikiran sesetengah masyarakat untuk beralih kepada sistem gadaian yang mematuhi prinsip-prinsip syariah ekoran sudah merasa selesa menggunakan pajak gadai konvensional sejak sekian lama. Persoalannya, bagaimanakah promosi yang dijalankan sehingga sukar untuk Ar-Rahnu menandingi kemasyuran pajak gadai konvensional? Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis faktor promosi yang mempengaruhi penerimaan usahawan kecil Muslim di Kelantan terhadap Ar-Rahnu. Artikel ini dilaksanakan menerusi kaedah kuantitatif dengan mengedarkan 350 soal selidik kepada usahawan kecil Muslim di Kelantan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Dapatan kajian mendapati promosi yang dilaksanakan oleh Ar-Rahnu tidak berjalan dengan baik berdasarkan jumlah purata min sederhana yang ditunjukkan (M=3.47). Implikasinya, faktor promosi merupakan faktor luaran, bagi kajian pada masa hadapan boleh dipertimbangkan untuk melihat hubungan penerimaan dengan faktor-faktor dalaman.

 

Kata Kunci: Pajak gadai, Ar-Rahnu, Promosi, Usahawan Kecil, Kelantan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.