FAKTOR PENENTU PRESTASI KERJA INDUSTRI PERHOTELAN

Hamidah Norman, Abdul Mutalib Mohamed Azim, Intan Maizura Abdul Rashid

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara budaya organisasi yang mempengaruhi prestasi kerja pekerja industri perhotelan.  Di samping itu. iaitu juga menentukan sama ada penglibatan pekerja berfungsi sebagai perantara antara budaya organisasi yang mempengaruhi prestasi kerja pekerja hotel industri.   Cabaran utama dalam sektor perhotelan adalah mengutamakan kepuasan prestasi pekerja dan mengekalkannya dalam organisasi.  Penyelidikan lalu menunjukkan  pengurusan hotel menjadi sangat berdaya saing di mana pelanggan memerlukan perkhidmatan yang berkualiti dan tepat pada waktunya. Pekerja di barisan hadapan yang menawarkan perkhidmatan mempunyai tugas dan peranan yang berbeza dengan pekerja lain.  Malah, pengurus di sektor hotel menghadapi masalah memenuhi jangkaan standard di seluruh dunia di mana aspek budaya telah dikenal pasti memberi kesan kepada prestasi pekerja dan organisasi.  Kadar pusing ganti dan kos pengambilan pekerja yang berterusan mempengaruhi kewangan serta memberi kesan negatif terhadap moral dan budaya di tempat kerja.  Kertas konsep ini menyumbang kepada pengembangan pengetahuan tentang budaya organisasi yang perlu diuruskan secara efektif dan berkesan dalam aspek prestasi pekerja yang mempengaruhi prestasi organisasi.  

 

Kata kunci: prestasi kerja, polikronik, budaya organisasi, perhotelan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.