KEJAYAAN USAHAWAN MELAYU INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) DI NEGERI MELAKA

Maryam Mohd Esa, Nur Faizah Nur Fazil, Noorizda Emellia Mohd Aziz, Zamry Gafar, Zurairah Jais

Abstract


Artikel ini bertujuan mengkaji faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan Melayu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Negeri Melaka. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada faktor pengetahuan, faktor sikap dan faktor minat mempengaruhi kejayaan usahawan Melayu IKS. Responden merupakan usahawan IKS di tiga daerah di Negeri Melaka iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah iaitu seramai 74 orang responden. Analisis data dihasilkan dengan menggunakan IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0 yang merangkumi data deskriptif, skor min dan analisis regrasi yang digunakan untuk mengetahui faktor mana yang lebih mempengaruhi dengan pembolehubah bersandar. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa setiap faktor mempengaruhi kejayaan usahawan Melayu IKS. Oleh itu, setelah kajian dibuat, didapati bahawa pengetahuan merupakan faktor paling mempengaruhi dalam analisis regrasi.

 

Kata Kunci: Kejayaan Usahawan Melayu IKS, Pengetahuan, Sikap dan Minat.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.