NIAT KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR WANITA DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)

Noorizda Emellia Mohd Aziz, Wan Nur Afini Wan Saidin, Zurairah Jais, Maryam Mohd Esa, Zamry Gafar

Abstract


Artikel ini bertujuan membincangkan kajian berkaitan faktor yang mempengaruhi niat keusahawanan dalam kalangan pelajar wanita di Kolej Universiti Islam Melaka berdasarkan Model Niat Keusahawanan (EIM) dan Model Teori Tingkah Laku Terancang (TPB). Kolej Universiti Islam Melaka atau lebih dikenali sebagai KUIM merupakan Institusi Pengajian Tinggi yang di miliki penuh oleh Kerajaan Negeri Melaka dan telah membuat anjakan paradigma dalam memperkenalkan wadah baru pendidikan. Responden merupakan pelajar wanita yang dipilih secara rawak mengikut fakulti iaitu seramai 80 orang responden. Data-data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0 yang merangkumi data deskriptif, analisis korelasi, analisis regrasi dan skor min yang digunakan bagi mengetahui faktor mana yang lebih mendorong dengan pembolehubah bersandar. Dapatan kajian menunjukkan faktor yang mempengaruhi niat keusahawanan dalam kalangan responden iaitu sikap peribadi, faktor norma subjektif, iaitu sokongan sosial daripada keluarga dan rakan-rakan dan faktor kawalan tingkah laku pelajar sendiri. Hasil dari kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana faktor sikap peribadi, norma subjektif dan kawalan tingkah laku mampu mempengaruhi niat keusahawanan dalam kalangan pelajar wanita. 

 

Kata Kunci: Niat Keusahawanan, Sikap peribadi, Norma Subjektif, Kawalan Tingkah Laku.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.