FAKTOR PENENTU JUMLAH HUTANG: KAJIAN KES TERHADAP FIRMA TERSENARAI DI BURSA MALAYSIA

Noor Fariza Mohd Hasini, Nor Fahda Abdul Talib

Abstract


Kajian ini mengkaji tentang faktor penentu jumlah hutang terhadap firma sektor pembuatan, pembinaan dan teknologi dengan menggunakan 263 sampel dan memfokuskan 60 firma yang tersenarai di Bursa Malaysia meliputi daripada tahun 2017 sehingga 2019. Teknik regrasi Ordinary Least Squares (OLS) digunakan untuk menganggarkan hubungan di antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Hasil dapatan analisis yang dilakukan, terdapat hubungan yang positif dan sangat signifikan di antara keuntungan firma dan jumlah hutang bagi sektor pembuatan. Manakala, terdapat hubungan negatif dan tidak signifikan di antara keuntungan firma dengan jumlah hutang bagi sektor pembinaan dan teknologi. Seterusnya, saiz firma bagi ketiga-tiga sektor yang dikaji mempunyai hubungan yang positif dan sangat signifikan dengan jumlah hutang. Ini menunjukkan firma yang besar cenderung mempunyai jumlah hutang yang tinggi. Selain itu, usia firma bagi sektor pembuatan mempunyai hubungan yang negatif dan sangat signifikan dengan jumlah hutang, dan dapatan yang berbeza bagi sektor pembinaan yang menunjukkan hubungan yang negatif dan tidak signifikan manakala sektor teknologi mempunyai hubungan yang positif tetapi tidak signifikan. Akhir sekali, daripada hasil dapatan analisis ini, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan untuk kajian pada masa hadapan.

 

Kata kunci: Jumlah Hutang, Sektor Pembuatan, Sektor Pembinaan, Sektor Teknologi


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.