KELESTARIAN KEWANGAN SOSIAL GOLONGAN MISKIN RENTAN MELALUI MEKANISME i-CSR BERASASKAN QARD AL-HASAN

Norajila Che Man, Mohd Faizal P. Rameli, Wan Noor Hazlina Wan Jusoh, Nurul Hidayah Mansor

Abstract


Situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberi kesan kepada kegiatan ekonomi negara dan meningkatkan kadar golongan miskin rentan. Kesan sosial terhadap golongan miskin rentan lebih besar disebabkan ketidaksediaan mereka menjadi miskin. Perlunya mekanisme mapan bagi mencapai matlamat kebajikan sosial dan kesejahteraan ekonomi untuk golongan miskin rentan. Penawaran produk berasaskan Qard al-Hasan merupakan satu bentuk mekanisme agihan kekayaan yang boleh digunakan untuk mencapai kebajikan sosial dan kesejahteraan ekonomi. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk melihat bentuk bantuan pembiayaan kepada golongan miskin rentan dan menganalisis potensi Qard al-Hasan sebagai mekanisme i-CSR yang holistik untuk kelestarian kewangan golongan miskin rentan. Kajian ini akan mengadaptasi kaedah kajian eksplorasi melalui kaedah temu bual dan analisis kandungan kajian terdahulu bagi memahami konsep i-CSR dan Qard al-Hasan. Hasil awal kajian mendapati aktiviti keusahawanan dapat membantu memperbaiki taraf hidup golongan miskin rentan. Justeru, penyediaan produk berasaskan Qard al-Hasan di bawah inisiatif i-CSR dapat membantu kelestarian kewangan sosial golongan miskin rentan ini.

 

Kata Kunci: Qard al-Hasan, i-CSR, miskin rentan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.