FAKTOR PENENTU KADAR PUSING GANTI PEKERJA DI SYARIKAT SAMSUNG SDI ENERGY MALAYSIA SDN. BHD.

Nor Hazanah Miskan, Nurulhayah Muhamad, Farrah Syakirra Baharrudin

Abstract


Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti dan mengkaji faktor yang menjadi penentu kepada kadar pusing ganti pekerja di Syarikat Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd. Faktor yang dikaji adalah faktor pampasan, faktor persekitaran organisasi dan faktor kepuasan kerja. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara pampasan, persekitaran organisasi dan kepuasan kerja dengan kadar pusing ganti pekerja di Syarikat Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd. Borang soal selidik digunakan untuk memperolehi maklumbalas dan data yang releven dari sampel kajian. Seramai 75 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Kesemua responden merupakan pekerja Syarikat Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd. Berdasarkan dapatan hasil kajian terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara faktor pampasan dan faktor kepuasan kerja dengan kadar pusing ganti pekerja di Syarikat Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd. Manakala hubungan yang tidak signifikan dan negatif antara persekitaran organisasi dan kadar pusing ganti pekerja di Syarikat Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd.

 

Kata kunci: Kadar Pusing Ganti Pekerja, Pampasan, Persekitaran Organisasi, Kepuasan        Kerja


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.