ANALISIS DEMOGRAFI TERHADAP KAJIAN KEPERCAYAAN MELALUI PEMBELIAN DALAM TALIAN

Maryam Mohd Esa, Noorizda Emellia Aziz, Roszi Naszariah Nasni Naseri

Abstract


Pembelian dalam talian merupakan aktiviti urusniaga yang menjadi trend pada masa kini. Banyak faktor yang mendorong pembelian dalam talian seperti dapat menjimatkan masa, tenaga malah wang ringgit. Tujuan makalah ini adalah untuk menerangkan dapatan mengenai analisis profil pembelian dalam talian di kalangan pengguna di Melaka. Sebanyak 85 borang soal selidik diedarkan kepada pembeli dalam talian yang berpengalaman di pelbagai peringkat umur, menggunakan teknik persampelan bukan kebarangkalian iaitu persampelan selesa. Dapatan data kajian ini dianalisis melalui penemuan deskriptif dengan menggunakan SPSS versi 22.0. Hasilnya menunjukkan bahawa sampel dan profil demografi terperinci responden adalah majoriti daripada kalangan wanita melayu, berumur antara 21-25 tahun dan mempunyai diploma. Manakala, analisis status mendapati responden paling ramai adalah berstatus bujang dan majoritinya merupakan pelajar. Responden yang mengambil bahagian dalam kajian ini meliputi pengguna dari Negeri Melaka. Pengkaji mencadangkan bahawa kajian masa hadapan perlu memberi lebih perhatian kepada kaedah kualitatif melalui wawancara mendalam atau perbincangan kumpulan fokus.

Kata Kunci: Deskriptif, Kepercayaan, Pembelian dalam Talian


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.