FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MAHASISWA IJAZAH SARJANA MUDA DARI FAKULTI INOVASI PERNIAGAAN DAN TEKNOLOGI DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA MELAKUKAN PEKERJAAN SAMBILAN SEMASA PENGAJIAN

Norly Marlia Kamaruddin, Noor Azlin Mohd Kasim, Sarimah Ahmad, Anis Suziana Safaruzaman

Abstract


Kajian ini dilakukan untuk mengkaji faktor pendorong mahasiswa melakukan pekerjaan sambilan semasa mereka masih di peringkat pengajian. Seramai 74 responden yang terdiri daripada mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi (FIPT), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) terlibat. Objektif utama kajian adalah untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi tindakan tersebut antaranya disebabkan sumber kewangan, pengalaman kerja atau bagi mengisi masa lapang. Analisis data seperti data deskriptif, skor min dan analisis regrasi dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23. Terdapat tiga pembolehubah tidak bersandar iaitu sumber kewangan, pengalaman kerja dan mengisi masa lapang manakala pembolehubah bersandar ialah pekerjaan sambilan semasa pengajian. Hasil yang diperolehi menunjukkan faktor sumber kewangan dan mengisi masa lapang mempengaruhi pekerjaan sambilan semasa pengajian.

 

Kata Kunci : Sumber Kewangan, Pengalaman Kerja, Mengisi Masa Lapang, Pekerjaan Sambilan Semasa Pengajian.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.