DEPRESI DI KALANGAN WANITA : FAKTOR PENYEBAB DAN PENCEGAHAN

Nor Hayati Zainuddin, Roslizawani Ghazali, Siti ‘Aishah Mohamed

Abstract


Menurut Rose et al, 2018, ramai sarjana mendapati wanita mencatatkan prevalens gangguan kemurungan paling tinggi berbanding lelaki. Transisi perubahan wanita yang secara semula jadi menimbulkan perbezaan kecenderungan gangguan kemurungan di antara gender iaitu wanita dan lelaki. Namun, boleh dikatakan bahawa kemurungan adalah hasil dari proses kognitif, tingkah laku, hormon dan biokimia yang kompleks. Garis panduan ini diwujudkan untuk memberikan panduan berdasarkan bukti untuk menguruskan gangguan depresi  utama (ringan / sederhana / teruk) pada orang dewasa dan orang tua. Depresi adalah salah satu gangguan psikologi yang paling kerap didiagnosis pada masa kini dan merupakan cabaran utama kepada kesihatan awam. Kemurungan atipikal pula sebenarnya merupakan salah satu jenis kemurungan yang paling menonjol. Ubatan yang diberi dan rawatan yang dijalankan perlu diikuti mengikut arahan doktor dan jadual yang di arahkan dari masa ke semasa. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Akademi Perubatan dan Persatuan Psikiatri Malaysia telah memperkenalkan garis panduan amalan klinikal untuk pengurusan depresi atau kemurungan. Terdapat 10 jenis-jenis depresi yang biasa didiagnos kepada pesakit penghidap depresi. Kemurungan ialah salah satu kategori gangguan psikiatri yang melibatkan gangguan pada emosi individu. Depresi adalah penyakit yang melemahkan dan telah menjadi yang utama penyebab morbiditi di peringkat global. Kemurungan Psikotik pula adalah di mana pesakit mengalami kemurungan mengalami episod yang sangat teruk sehingga mereka mengalami gejala psikotik. Gangguan Afektif Musim (SAD) adalah sejenis kemurungan yang berkaitan dengan perubahan musim. Depresi Situasi (Gangguan Depresi Reaktif / Penyesuaian) atau dikenali sebagai kemurungan reaktif atau gangguan penyesuaian, adalah jenis kemurungan jangka pendek yang berkaitan dengan tekanan. Dalam penulisan ini, jenis-jenis depresi, faktor-faktor penyebab cara pencegahan dan rawatan yang berkaitan depresi akan dikupaskan satu persatu. Rawatan komplimentari dan alternatif juga ada disentuh di dalam garis panduan, di mana terdapat pesakit yang mengalami depresi atau kemurungan menjalani awatan alternatif ini.


Keywords


Depresi; faktor-faktor depresi;cara pencegahan.

Full Text:

PDF

References


Cuijpers, P. (2020). Measuring success in the treatment of depression: what is most important to patients? Expert Review of Neurotherapeutics, 20(2), 123–125. https://doi.org/10.1080/14737175.2020.1712807

Cuijpers, P., Beekman, A. T. F., & Reynolds, C. F. (2012). Preventing depression: A global priority. JAMA - Journal of the American Medical Association, 307(10), 1033–1034. https://doi.org/10.1001/jama.2012.271

Dirgayunita, A. (2016). Depresi: Ciri, Penyebab dan Penangannya. Journal An-Nafs: Kajian Penelitian Psikologi, 1(1), 1–14. https://doi.org/10.33367/psi.v1i1.235

Khan, T. M., Sulaiman, S. A., Hassali, M. A., & Tahir, H. (2011). Clinical presentation of depression among Malaysian women in Penang Island. Mental Health in Family Medicine, 8(3), 205–208.

Lim, C. H., & Baizury, B. (2011). Management of major depressive disorder (MDD). Malaysian Family Physician, 6(1), 13.

Melrose, S. (2015). Seasonal Affective Disorder : An Overview of Assessment and Treatment Approaches. 2015.

Ng, C. . (2014). A Review of Depression Research in Malaysia. Medical Journal of Malaysia, 69(August), 42–45. http://www.e-mjm.org/2014/supplement-A/depression-research.pdf

Robby, D. R. (2013). Hubungan antara Kecerdasan Spiritual dengan Depresi Pada Penyandang Cacat Paska Kusta di Liposos Dinorojo Jepara. Journal of Social and Industrial Psychology, 2(1), 50–55. http://journal.unnes.ac.id/sju/index.php/sip

Sulistyorini, W., & Sabarisman, M. (2017). Depresi : Suatu Tinjauan Psikologis. Sosio Informa, 3(2), 153–164. https://doi.org/10.33007/inf.v3i2.939

World Health Organization, WHO, (2017). Depression. https://www.who.int/news-room/fact- sheets/detail/depression


Refbacks

  • There are currently no refbacks.