Perlaksanaan Sistem Pemberi Makan Ikan Pada Kolam Sebenar

Muhammad Hazwan Md Jamal, Dr. Salihatun Md. Salleh

Abstract


Kaedah memberi makan yang sempurna adalah penting dalam menjalankan perniagaan ternakan ikan kolam ini. Makanan juga merupakan salah satu beban yang besar kepada penternak ikan kerana kos belianya adalah tinggi. Oleh itu, pengurusan pemakanan yang betul tanpa ada pembaziran boleh menjadi satu kunci kejayaan kepada penternak untuk mengurangkan modal yang digunakan. Disebabkan masalah inilah, satu sistem pemberi makan automatik perlu dibangunkan supaya masalah ini dapat diatasi. Projek ini menekankan untuk membina satu sistem yang boleh menyebarkan makanan ke kolam ternakan dengan efisyen dan menggunakan makanan dengan seoptimum yang mungkin. Projek ini adalah projek perlaksanaan pada kolam sebenar dengan menggunakan sistem kabel sebagai penghantar dimana mesin pemberi makan akan melalui kabel tersebut untuk menghantar makanan ke setiap kolam. Dengan menggunakan kaedah ini, kebanyakan halangan yang ada di kawasan kolam dapat dilepasi. Kaedah ini merupakan satu cara yang berkesan untuk digunakan di kawasan kolam yang berbukit dan kawasan kolam yang tidak tersusun. Bahan yang dipilih untuk membuat mesin ini pula adalah terdiri daripada logam aluminium kerana ia melibatkan makanan dan juga untuk ketahanan kepada mesin itu sendiri yang berada di kawasan lembab.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.