PANDANGAN GURU TERHADAP TAHAP KESUKARAN TOPIK-TOPIK SAINS TAHUN SATU

Aqmarollah Mohd Nasip, Ong Eng Tek

Abstract


Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan pandangan guru-guru Sains terhadap tahap kesukaran topik Sains tahun satu. Dalam subjek Sains tahun satu, sukatan pembelajaran melibatkan sepuluh topik yang terkandung di dalam enam tema iaitu Inkuiri dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Bumi dan Angkasa, Sains Bahan dan Teknologi. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan Soal Selidik Tahap Kesukaran Topik Sains Tahun Satu sebagai instrumen. Seramai 40 guru telah mengambil bahagian di dalam tinjauan ini. Data yang telah dianalisis menunjukkan guru-guru Sains berpendapat bahawa topik Bumi (Topik ke-9) merupakan topik yang paling sukar dengan mencatatkan nilai min tertinggi (min=3.53). Majoriti komen daripada guru-guru mengatakan sesuatu topik itu dianggap sukar kerana mereka kekurangan Bahan Bantu Mengajar (BBM), pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar yang kurang dan juga aktiviti yang melibatkan pelajar di dalam kelas adalah tidak mencukupi bagi mereka. Dapatan daripada tinjauan ini juga akan digunakan untuk membina satu bahan bantu mengajar iaitu modul pengajaran subjek Sains kepada guru-guru.

Keywords


Topik sains, tahap kesukaran, PAK-21

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2021 Jurnal ILMI