KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN SOAL SELIDIK KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH

Zuriani Hanim Zaini, Muhammad Izzat Mailis

Abstract


Kajian ini dilakukan untuk melaporkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen bagi menilai kepimpinan transformasional guru besar di sekolah dari perspektif guru. Instrumen kajian ini telah diadaptasi daripada Leadership Practice Inventory (LPI) oleh Kouzes dan Posners (2013) yang telah diubahsuai daripada penilaian kepimpinan secara kendiri kepada penilaian kepimpinan dari sudut pemerhati. Kesahan dan kebolehpercayaan telah dilakukan ke atas instrumen yang dibina bagi memastikan konstruktif dan indikator setiap item dalam instrumen ini bersesuaian dengan situasi responden, instrumen ini telah dinilai oleh tujuk orang pakar dalam penyelidikan sebelum diedarkan kepada responden kajian. Seterusnya kajian rintis yang melibatkan 100 orang guru prasekolah di negeri Perak telah dilakukan untuk mendapatkan kebolehpercayaan instrumen kajian dengan menggunakan Program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Analisis ujian kebolehpercayaan yang dilakukan menunjukkan nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan item dalam instrumen ini adalah .97. Ini menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan dalam kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang sangat tinggi dan kesemua item dalam soal selidik kajian ini sesuai digunakan untuk menilai kepimpinan transformasional guru besar di sekolah.

Keywords


Kata Kunci: Kesahan, Kebolehpercayaan, Leadership Practice Inventory (LPI), kepimpinan transformasional guru besar.

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2021 Jurnal ILMI