HUBUNGAN TAHAP PENGETAHUAN GURU DENGAN AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN DI TADIKA DAN MOTIVASI KERJA

Ahmad Muaz Muhd Hairi, Nurdiyana Tasripin

Abstract


Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan tahap pengetahuan guru dengan amalan pengurusan keselamatan di tadika dan motivasi kerja. Seramai 175 orang sampel kajian iaitu guru tadika swasta di negeri Melaka telah menjawab soal selidik yang telah diedarkan. Data yang diperolehi melalui soal selidik ini dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan kaedah korelasi Pearson dalam perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 21. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru mengenai pengurusan keselamatan di tadika berada pada tahap sederhana dan terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan guru mengenai pengurusan keselamatan di tadika dengan motivasi kerja. Implikasi kajian ini dapat memberikan maklumat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan masyarakat terutamanya ibu bapa mengenai tahap pengurusan keselamatan di tadika pada masa kini serta hubungannya kepada motivasi guru untuk bekerja dan menjalankan rutin mereka sebagai seorang pendidik kepada kanak-kanak di tadika.

Keywords


Kata kunci: pengetahuan, amalan pengurusan keselamatan, motivasi

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2021 Jurnal ILMI