EKSPRESI EMOSI POSITIF IBU BAPA MEMPENGARUHI MASALAH TINGKAH LAKU (LUARAN & DALAMAN) DALAM KALANGAN KANAK-KANAK TADIKA

Zaleha Damanhuri, Nurdiyana Tasripin, Nur Syakira Baharudin, Nur Hazwani Abdul Wahi, Nor Syazwanie Mohamad Zamal

Abstract


Artikel ini membincangkan tentang ekspresi emosi positif dalam kalangan ibu bapa mempengaruhi masalah tingkah laku dari faktor externalizing (luaran) dan faktor internalizing (dalaman) dalam kalangan kanak-kanak tadika. Penyelidik menggunakan instrumen Family Expressiveness Questionnaire (FEQ) bagi mengukur ekspresi emosi positif manakala instrumen Preschool and kindergarten behaviour Scale (PKBS-2) bagi mengukur masalah tingkah laku luaran dan dalaman dalam kalangan kanak-kanak tadika. PKBS-2 bahagian B iaitu mengukur masalah tingkah laku kanak-kanak telah digunakan di dalam kajian ini. lima subskala iaitu subskala B1, B2, B3, B4 dan B5. Masalah tingkah laku (externalizing) melibatkan tiga (3) domain iaitu (i) berpusatkan diri sendiri (B1), (ii) masalah perhatian (B2) dan (iii) anti sosial (B3). Manakala masalah tingkah laku (internalizing) melibatkan dua (2) domain iaitu (i) menarik diri dari bersosial (B4) dan (ii) kebimbangan/masalah tubuh badan (B5). Keputusan menunjukkan bahawa ekspresi emosi positif ibu bapa tidak mempengaruhi masalah tingkah laku faktor luaran dan faktor dalaman dalam kalangan kanak-kanak. Ini bermakna kajian lanjut perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti pengaruh lain bagi pembentukkan masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak tadika.

Keywords


Kata Kunci: Faktor luaran, Faktor dalaman, Family Expressiveness Questionnaire (FEQ), Preschool and kindergarten behaviour Scale (PKBS-2)

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2021 Jurnal ILMI