PEMBINAAN KERANGKA AKTIVITI KESUKARELAWANAN YANG BERKESAN OLEH MAHASISWA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KAMPUS, JOHOR BAHRU, JOHOR

Nor Shafikah Mukhtar, Norlaile Salleh Hudin

Abstract


Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka faktor pelaksanaan, kesan dan cabaran aktiviti kesukarelawanan yang berkesan oleh mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian kualitatif ini dilakukan ke atas responden seramai lima orang mahasiswa “Kelab Volunteer” di UTM yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Kaedah pengumpulan data yang telah digunakan ialah temubual bersemuka. Data temubual telah dianalisis dengan menggunakan analisis tematik di mana temubual ditranskrip secara verbatim dan dikodkan untuk mengenalpasti tema-tema. Kajian ini mendapati majoriti mahasiswa “Kelab Volunteer” di UTM melaksanakan aktiviti kesukarelawanan ini untuk mendapatkan mata jam kredit di dalam markah kokurikulum dan juga mengikut rakan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan berupaya untuk meningkakan nama sesebuah universiti tersebut dan membina hubungan yang baik dengan masyarakat sekeliling. Cabaran pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan ialah bilangan mahasiswa “Kelab Volunteer” di UTM yang sedikit di setiap program mengehadkan aktiviti kesukarelawanan. Implikasi kajian ini menekankan peranan pendidikan ke arah memahami matlamat sebenar aktiviti kesukarelawan demi mengimbangi ekonomi dan manfaat sosial masyarakat. Penggubal dasar juga dapat memanfaatkan hasil kajian ini dalam merangka inisiatif bagi menggalakkan amalan kesukarelawanan secara meluas untuk tujuan yang lebih baik.

Keywords


Kata kunci: Penglibatan Mahasiswa Dalam Aktiviti Kesukarelawanan, Kesan Penglibatan Mahasiswa Dalam Aktiviti Kesukarelawanan, Cabaran Penglibatan Mahasiswa Dalam Aktiviti Kesukarelawanan

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2021 Jurnal ILMI