KEBERKESANAN APLIKASI PEMBELAJARAN INTERAKTIF DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI TADIKA

Nurdiyana Tasripin, Zaleha Damanhuri, Mohamad Arif Zaki

Abstract


Pembelajaran kanak-kanak merupakan langkah awal mereka untuk merangsang kognitif. Kaedah yang digunakan dalam pembelajaran seperti aplikasi pembelajaran interaktif merupakan salah satu pendekatan belajar melalui bermain yang dilihat dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pendekatan pembelajaran menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif ini memberikan manfaat kepada kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Kanak-kanak di salah sebuah tadika telah dipilih sebagai responden kajian. Pemerhatian, diari catatan dan rakaman dilakukan bagi pengumpulan data dan dianalisis menggunakan perisian NVivo 12 Plus mengikut tema-tema yang dapat dikenal pasti melalui kajian ini. Dapatan kajian mendapati aplikasi pembelajaran interaktif yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat menarik perhatian dan minat kanak-kanak dan dapat mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru. Akhir sekali, kajian ini memberikan kesimpulan bahawa penggunaan aplikasi pembelajaran interaktif ini dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan membantu kanak-kanak dalam pembelajaran yang berkesan.

Keywords


Kata Kunci : Pembelajaran interaktif, pengajaran dan pembelajaran

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2021 Jurnal ILMI