CABARAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN TASMIK ATAS TALIAN

Siti Nur Aziemah Rosli, Khadijah Abdul Razak

Abstract


Pengajaran atas talian sudah menjadi norma baharu sejak fasa awal era pandemik Covid-19. Tasmik, satu komponen dalam Pendidikan Islam di sekolah rendah tidak terkecuali. Komponen ini berfokuskan kepada pembacaan Iqra’ dan al-Quran. Namun, cara terbaik dalam pelaksanaan tasmik ialah talaqqi musyafahah, iaitu secara bersemuka dan mulut ke mulut. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan pembelajaran tasmik secara atas talian dan cadangan penyelesaian yang diambil oleh guru Pendidikan Islam bagi mengatasinya. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif dengan melaksanakan kajian kes di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Bintulu. Kaedah persampelan ialah persampelan bertujuan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ialah analisis dokumen dan temu bual. Data temu bual dianalisis menggunakan kaedah tematik. Jumlah responden merupakan dua orang guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Bintulu. Dapatan kajian mendapati bahawa cabaran pengajian tasmik atas talian terdiri daripada komitmen murid, kekangan ekonomi dan capaian internet. Manakala cadangan penyelesaian bagi isu tersebut ialah pujukan dan nasihat daripada guru dan komitmen ibu bapa. Implikasi daripada kajian ini dijangka dapat mewujudkan satu penyelesaian masalah berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran tasmik secara atas talian.

Keywords


Pengajaran tasmik, Talaqqi musyafahah, Komitmen murid, Capaian internet, Komitmen ibu bapa

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2022 Jurnal ILMI