KATA ADJEKTIF DALAM UJARAN MASYARAKAT BANJAR

Nur Hafizah Razali, Normaliza Abd Rahim

Abstract


Kajian ini memberi fokus kepada makna kata adjektif dalam bahasa Banjar. Kata adjektif yang dipilih dianalisis dari sudut makna dengan mengaplikasikan teori Analisis Komponen Makna oleh Nida, (1975). Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan membincangkan makna kata adjektif dalam ujaran masyarakat Banjar. Kata adjektif sifatan atau keadaan telah dipilih bagi kajian ini. Ujaran Banjar yang mengandungi penggunaan kata adjektif ini telah dirakam untuk dianalisis. Istilah dan makna dalam sesuatu bahasa adalah berbeza walaupun tergolong dalam rumpun yang sama. Bahasa Banjar tergolong dalam rumpun bahasa Melayu namun, tetap wujud penggunaan istilah yang berbeza. Oleh itu, kajian ini memilih kata adjektif bahasa Banjar sebagai data untuk dibincangkan dari sudut makna.

Keywords


Kata adjektif, Bahasa Banjar, Bahasa Melayu, ujaran, semantik

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2017 JURNAL ILMI