HUBUNGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DENGAN KOMITMEN KERJA GURU SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SEKOLAH RENDAH) DI NEGERI MELAKA

Chitra A/P Sinnu @ Sinnatharai

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kepimpinan instruksional guru besar dengan komitmen kerja guru di sekolah rendah agama bantuan kerajaan (SABK) di negeri Melaka. Kajian ini khususnya untuk mengenal pasti sama ada wujudnya hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional guru besar dengan komitmen kerja guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperoleh daripada kaedah soal selidik yang menggunakan skala Liket lima mata. Alat ukur Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) digunakan untuk mengukur amalan kepimpinan instruksional guru besar manakala soal selidik komitmen kerja guru yang diambil daripada Mohd Shahardi (1998) yang asalnya diambil daripada Collarelli dan Bishop (1990) telah digunakan dalam kajian ini. Dalam kajian rintis beberapa aspek penyesuaian item telah dijalankan sehingga terhasil nilai Cronbach Alfa ialah 0.793. Seramai 155 orang guru dari 7 buah sekolah telah dipilih untuk kajian ini. Data ini juga diproses menggunakan statistik despkriptif iaitu pengukuran frekuensi, skor min, standard deviation dan peratusan. Data ini juga diproses menggunakan statistik inferens iaitu Pekali korelasi Pearson, ANOVA sehala dan Ujian t. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang wujud secara signifikan antara kepimpinan instruksional dengan komitmen kerja guru r = .839 (p = 0.000; p > 0.01). Ini bermaksud hubungan antara kepimpinan instruksional dengan komitmen kerja guru wujud secara positif dan kuat. Berdasarkan kepada hasil kajian ini beberapa cadangan telah dikemukakan bagi tujuan untuk meningkatkan lagi amalan kepimpinan instruksional guru besar dan komitmen kerja guru SABK(SR) di negeri Melaka.

Kata kunci:

Keywords


hubungan; kepimpinan instruksional; komitmen; Sekolah Arab Bantuan Kerajaan; signifikan

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2020 Jurnal ILMI