PERANAN AKADEMIA DALAM PEMBANGUNAN KOMUNITI ASLI

Abdul Ghafar Don, Badlihisham Mohd Nasir, Ahmad Faqih Ibrahim, Khairul Azhar Meerangani

Abstract


Akademia atau ahli akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) begitu sinonim dalam konteks peranan dan sumbangan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli di Malaysia. Meskipun dengan keterbatasan aspek kewangan ketika perkembangan ekonomi semasa yang kurang memberangsangkan, para ahli akademik terus menjalankan kegiatan penyelidikan dan khidmat sosial yang memberi impak signifikan kepada pembangunan masyarakat Orang Asli. Artikel ini cuba menganalisis bagaimana para akademia berperanan dan memberikan inisiatif dalam membangun dan memajukan masyarakat Orang Asli. Terdapat empat bidang yang relevan dengan nature akademia yang menjadi fokus perbincangan dalam artikel ini bagaimana para akademia bergerak dalam membangunkan masyarakat Orang Asli, iaitu pengajaran dan khidmat masyarakat, penyelidikan dan penerbitan.

Keywords


Komuniti Orang Asli; Akademia; Pembangunan komuniti

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2020 Jurnal ILMI