PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM KERANGKA AL-TA’AYUSH MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN

Muhammad Ikhlas Rosele, Abdul Karim Ali, Muhammad Safwan Harun, Saiful Islam Nor Mohd Zulkarnain

Abstract


Masyarakat di Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang meliputi pelbagai latar belakang agama dan budaya. Justeru, interaksi umat Islam dalam menyebarkan dakwah dan memperkasakan Islam sudah tentu berbeza sesuai dengan realiti yang dihadapi. Hidup bersama dengan masyarakat beragama lain boleh dikonsepkan sebagai al-ta’ayush. Kajian ini akan mengkaji pendekatan wasatiyyah terhadap al-ta’ayush di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana data-data perpustakaan digunakan sepenuhnya. Data tersebut kemudiannya dianalisis secara induktif dan deduktif. Hasil kajian menyenaraikan beberapa pendekatan wasatiyyah yang perlu diberi perhatian dalam hidup bersama dengan masyarakat beragama lain (al-ta’ayush) khususnya dalam konteks Malaysia. Perkara ini juga boleh dianggap sebagai suatu bentuk kearifan tempatan dalam hidup bermasyarakat di Malaysia. Hal ini menjamin kesejahteraan dan keharmonian kehidupan di samping menegakkan syiar Islam.

Keywords


Wasatiyyah; al-ta’ayush; masyarakat majmuk; budaya.

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2020 Jurnal ILMI