MENDEPANI CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR 4.0) DALAM KONTEKS MAHASISWA: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Adam Badhrulhisham, Muhammad Hilmi Mat Johar, Taufiq A. Rashid

Abstract


Perkembangan revolusi industri 4.0 sering dibahaskan dalam kalangan ahli akademik. Hal ini turut melibatkan kelompok golongan pendidik dan juga pelajar di peringkat rendah dan tinggi khususnya mahasiswa di peringkat universiti. Mahasiswa perlu bersedia berdepan dengan cabaran revolusi industri 4.0 ini agar tidak ketinggalan jauh dengan teknologi masa kini serta persaingan di peringkat global. Seiring dengan ciri revolusi industri yang menggunakan teknologi secara maksima dan mengurangkan tenaga kerja manusia, ia mempunyai kesan negatif dan positif untuk mahasiswa dalam mengharungi fasa pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam masalah komunikasi dan perkembangan teknologi maklumat. Oleh itu, dunia hari ini memerlukan modal insan yang berupaya mencorakkan revolusi industri 4.0 ini agar lebih bermanfaat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji cabaran revolusi industri 4.0 dalam konteks pembangunan insan mahasiswa menurut perspektif Islam. Analisis dibuat berdasarkan elemen penerapan akidah, akhlak, iman dan ilmu dalam diri mahasiswa supaya dapat membentuk keperibadian yang mulia menurut Al-Quran dan Sunnah. Kajian ini membuktikan, komunikasi dalam syariat Islam ini juga, perlu selari dengan IR 4.0 agar mahasiswa dapat bersedia berdepan dengan cabaran ini. Hasilnya, syariat Islam dalam mendepani cabaran IR 4.0 ini perlu seimbang dan selari dengan keperluan mahasiswa pada masa depan.

Keywords


mahasiswa; revolusi industri 4.0; syariat Islam; akhlak; akidah

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2020 Jurnal ILMI