TAHAP MOTIVASI PELAJAR LELAKI MEMILIH PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Tengku Nur Atirah Tengku Mohd Khairi, Zuriani Hanim Zaini, Mohamad Nor Hakim Mohd Ali, Mohamad Irman Che Pa

Abstract


Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang dilakukan bagi mengenalpasti tahap motivasi pelajar lelaki memilih program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Kajian ini melibatkan 45 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki yang sedang mengikuti program PAKK di beberapa buah IPTS yang terpilih. Mereka dikehendaki menjawab soal selidik mengenai faktor motivasi yang dikategorikan kepada tiga faktor utama iaitu altruistik, intrinsik, dan ektrinsik. Dapatan kajian telah dianalisis menggunakan ‘IBM Stattical Package for the Social Science’ (SPSS) versi 22.0. Hasil kajian menunjukan faktor motivasi utama pemilihan Program PAKK di IPTS adalah disebabkan faktor motivasi altrusitik dengan nilai min sebanyak 5.66 kemudian diikuti dengan motivasi intrinsik dengan nilai min sebanyak 5.24. Faktor ektrinsik merupakan faktor yang terakhir dengan nilai min 5.04. Beberapa cadangan dikemukakan berdasarkan hasil kajian. Justeru secara rumusannya dapat dinyatakan bahawa faktor motivasi ini menjadi pemangkin kepada pemilihan program dalam kalangan pelajar lelaki.


Keywords


Tahap motivasi, Pelajar Lelaki, Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Institut Pengajian Tinggi Swasta, Altruistik, Intrinsik, Ektrinsik

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.