LEKSIS ETNIK DUSUN DAN PENGARUH INDO-MALAYAN

Mohd Nor Azan Abdullah, Mohd Yusof Abdullah

Abstract


Komunikasi yang sempurna bila mana manusia dapat berkomunikasi di antara satu sama lain secara berkesan melalui leksis semasa pengucapan supaya maksud percakapan tersebut dapat difahami dengan tepat. Leksis merupakan perkataan yang mempunyai makna tersurat dan tersirat dalam lisan mahupun tulisan. Etnik Dusun merupakan salah satu kaum yang menduduki kepulauan Borneo Utara. Etnik Dusun dikelompokkan dalam suku mongoliad iaitu berketurunan Monggol. Dusunik diwarnai dengan pelbagai sub etnik seperti suku Lotud, Tambanoa, Kuijau dan beberapa suku lain. Pengaruh Indo-Malayan dapat dilihat melalui penggunaan leksis tersebut dalam pertuturan masyarakat Dusunik. Indo-Malayan meliputi kawasan benua India, Indonesia, Borneo, Filipina, Indochina sehingga ke Garis Wallace yang merupakan zon peralihan antara Asia dan Australia. Ramai penutur bahasa Dusunik tidak menyedari bahasa leksis Dusunik diserapi beberapa leksis Indo-Malayan khususnya leksis
Sanskrit. Penyelidik menyenaraikan beberapa leksis Indo-Malayan yang terdapat dalam bahasa Dusunik serta mengenal pasti beberapa perubahan elemen fonemik apabila diserapkan sebagai leksis Dusunik. Metodologi kajian bersifat kualitatif dengan kaedah kajian perpustakaan yang melibatkan penelitian buku-buku, dokumen dan laman sesawang.


Keywords


Leksis, Dusun, Pengaruh, Indo-Malayan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.