LATIHAN KEJURURAWATAN DI MALAYSIA: TINJAUAN DALAM KALANGAN JURURAWAT MUDA

Siti Fatimah Md. Shariff, Mohd. Yusof Abdullah, Jalinah Karim

Abstract


Kajian ini bertujuan menilai tahap pengajaran dan pembelajaran di Institusi Latihan Kejururawatan Malaysia, Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Tinjauan diakukan dengan edaran borang selidik yang diubahsuai daripada instrumen kajian Dundee Ready Educational Environment Measure (DREEM), melibatkan 661 orang responden jururawat muda dengan pensampelan bertujuan mengikut ciri demografi ditetapkan di tiga buah negeri di selatan tanah air. Dapatan kajian melalui analisis deskriptif dan inferens ANOVA menunjukkan tahap pengajaran dan pembelajaran Institusi Latihan Kejururawatan berada pada tahap yang tinggi. Namun relevansi pengalaman pembelajaran dengan praktis kejururawatan masa kini berada tahap sederhana sahaja dan respons terhadap persoalan jururawat pelatih semasa sesi pengajaran adalah kurang memberangsangkan. Penghayatan pensyarah sebagai contoh peranan amat penting dan kemampuan pensyarah mengamalkan etika kejururawatan terbukti yang mana ini sangat penting dalam membangunkan nilai profesionalisme dalam diri jururawat pelatih. Sementara itu ujian terperinci pos-hock scheffe mendapati tahap pengajaran dan pembelajaran di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta lebih baik berbanding Universiti Awam. Berdasarkan dapatan, penyelidikan ini mencadangkan agar kerjasama pintar dan interaktif antara Institusi Latihan Kejururawatan terus diperkukuhkan dipertingkatkan dalam pelbagai sudut pendekatan agar kualiti latihan kejururawatan di Malaysia terus berdaya saing seiring perkembangan teknologi perubatan dan sains kejururawatan seluruh dunia.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.