KESEDIAAN IBU BAPA TERHADAP PENGLIBATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)

Zuriani Hanim Zaini, Zaleha Damanhuri, Mohamad Arif Zaki Ali, Ahmad Zulfandi Ibrahim

Abstract


Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan menggunakan pendekatan secara kuantitatif bagi mendapatkan pandangan ibu bapa terhadap kesediaan penglibatan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Seramai 212 orang responden telah mengambil bahagian untuk menjawab soal selidik kajian ini dan kaedah pemilihan sampel kajian adalah secara rawak mudah. Seterusnya data yang dikumpulkan ini akan dikod, direkod dan dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 dengan menggunakan skor min. Soal selidik kajian ini telah diadaptasi daripada soal selidik kajian Parents Personal Motivation for Involvement Factors oleh Strickland (2015). Instrumen kajian ini ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu Bahagian A (Demografi Responden), Bahagian B (Motivasi Peribadi), Bahagian C (Kepercayaan Terhadap Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak) dan Bahagian D (Efikasi Kendiri Ibu Bapa). Analisis kebolehpercayaan menunjukkan instrumen kajian ini mempunyai nilai Alpha Cronbach sebanyak .92. Hasil dapatan kajian menunjukkan nilai min daripada aspek motivasi peribadi (4.27) dan kepercayaan terhadap peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak (4.15) berada di tahap tinggi dan aspek efikasi kendiri ibu bapa (3.66) berada di tahap sederhana. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa terdapat sebahagian ibu bapa yang belum bersedia sepenuhnya PdPR ini dilaksanakan dengan kekurangan pengalaman kerana pendekatan ini dilaksanakan secara mengejut tanpa persediaaan daripada ibu bapa. Justeru itu, usaha bagi penambahbaikan yang lebih tinggi dan berkesan perlu dipertingkatkan daripada masa ke masa bagi memastikan kesediaan ibu bapa terhadap penglibatan dalam PdPR berada di tahap tinggi pada masa akan datang. 


Keywords


Kesediaan Ibu Bapa, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, Motivasi Peribadi, Peranan Ibu Bapa, Efikasi Kendiri

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.