TURUTAN PERBUALAN DALAM RANCANGAN BUAL BICARA

Azean Idruwani Idrus, Ahmad Mahmood Musanif

Abstract


Rancangan bual bicara Wanita Hari Ini merupakan rancangan interaktif. Rancangan ini membincangkan topik yang berkaitan kewanitaan khususnya dalam isu rumah tangga. Pakar motivasi, perunding perkahwinan dan tokoh agama diundang bagi mengupas topik dan mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan dalam rumah tangga selain memelihara kesejahteraan dalam hubungan kekeluargaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan turutan perbualan dalam segmen Asam Garam Rumah Tangga. Data dianalisis melalui kaedah analisis kandungan teks dengan mengaplikasikan Model Struktur Interaksi. Dapatan kajian memperlihatkan turutan perbualan terdiri daripada pembuka perbualan, pengenalan pemeran, pernyataan tujuan, tanya jawab dan penutup perbualan memberikan kesan terhadap kelancaran dalam ujaran seterusnya menimbulkan keberkesanan dalam mencapai tujuan sebenar suatu rancangan bual bicara. Ini secara tidak langsung dapat menzahirkan turutan perbualan kepada pengguna bahasa yang terlibat dalam sesebuah rancangan bual bicara.  


Keywords


turutan; perbualan; analisis perbualan; analisis wacana; rancangan bual bicara

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.