FAKTOR TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA SEPANJANG TEMPOH PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Muhammad Izzat Mailis, Zuriani Hanim Zaini, Norjumira Abd Raof, Nur Hafizaliyana Hassan

Abstract


Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor tekanan dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) sepanjang tempoh pelaksanaan pembelajaran atas talian yang dijalankan dalam era pandemik Covid-19. Kajian ini melibatkan 148 orang pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAKK) semester 5. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan deskriptif dengan menggunakan nilai min. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan maklum balas pelajar tentang faktor tekanan yang dihadapi dalam pelaksanaan pembelajaran atas talian. Dapatan kajian bagi ketiga-tiga aspek yang dikaji berada pada tahap yang sederhana, iaitu daripada aspek pembelajaran pelajar (3.49), aspek kewangan (3.61) dan aspek peribadi (3.44). Implikasi kepada kajian ini memberikan satu inisiatif untuk para pensyarah mempelbagaikan kemahiran teknologi yang boleh membantu memudahkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya ia dapat mengurangkan tekanan para pelajar. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya mengenal pasti faktor tekanan yang dominan dalam kalangan pelajar KUIM dan diharapkan kajian ini dapat memberi kesedaran kepada semua pihak terutama ibu bapa dan pihak universiti agar lebih sensitif dengan masalah yang dialami para pelajar.


Keywords


Faktor tekanan, pelajar Kolej Universiti Islam Melaka, pelaksanaan pembelajaran atas talian.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.