TAHAP KEPIMPINAN DAN KEPUASAN PENGGUNA SUKAN: SATU TINJAUAN DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Ahmad Fadly Abdul Rahman, Muhamad Suhaimi Taat, Hasnol Nordin, Suddin Lada

Abstract


Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara tahap kepimpinan dengan kepuasan pengguna sukan universiti awam di Malaysia. Seramai 240 orang pengguna sukan daripada dua puluh buah universiti awam yang telah terpilih dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Kajian kuantitatif ini menggunakan pendekatan bukan eksperimen secara kaedah tinjauan bagi menjawab objektif kajian. Instrumen kajian tahap kepimpinan diadaptasi daripada kajian Anuar (2010), Chelladurai dan Salleh (1980). Bagi instrumen kepuasan pelanggan sukan pula diadaptasi daripada Riemer dan Chelladurai (1998), dan diterjemahkan oleh Asiah (2009). Dapatan utama kajian menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan serta positif (r=.834, p<.01) antara variabel gaya kepimpinan dari semua aspek dengan variabel kepuasan pengguna sukan di universiti awam. Dapatan kajian menunjukkan aspek latihan dan arahan merupakan aspek yang paling tinggi (min=4.06), diikuti oleh aspek maklum balas positif (min=4.00), aspek demokratik (min=3.95) dan yang paling rendah ialah aspek sokongan sosial (min=3.87). Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang signifikan antara gaya kepimpinan dengan kepuasan pengguna sukan di universiti awam Malaysia. Oleh yang demikian, pihak pengurusan sukan di universiti awam perlu lebih peka dengan corak kepimpinan yang bersesuaian terhadap pengguna sukan khasnya di universiti. Hal ini akan memberi gambaran yang positif bagi persepsi pengguna agar mereka lebih berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti gaya hidup sihat di kampus sekali gus dapat menjadikan para pelajar yang sihat dan cergas daripada aspek fizikal dan mental.


Keywords


Kepimpinan, pengguna sukan, latihan, demokratik, sokongan sosial

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.