KAJIAN LITERATUR SISTEMATIK KESIHATAN MENTAL DI MALAYSIA

Faudziah Yusof, Nor Ba’yah Abdul Kadir, Siti Marziah Zakaria, Normaliza Malik

Abstract


Isi kesihatan mental dalam kalangan petugas kesihatan perlu diberi perhatian memandangkan mereka sering berhadapan dengan masyarakat dalam memberikan perkhidmatan. Kajian-kajian ilmiah juga perlu diperbanyakkan agar dapat memberi maklumat kepada pihak berkaitan berkenaan dengan tahap kesihatan mental. Seterusnya, langkah-langkah pencegahan boleh diambil untuk mengatasinya. Kajian literatur sistematik ini dijalankan untuk melihat perkembangan kajian kesihatan mental dalam kalangan petugas kesihatan mental di Malaysia. Analisis secara sistematik artikel-artikel lepas telah dilakukan dari tahun 2020 hingga 2022. Hasil kajian mendapati bahawa responden mengalami tahap kesihatan mental yang rendah. Mereka sering terdedah dengan situasi stres, kemurungan, keresahan, burnout, keletihan dan kebimbangan. Hasil juga menyatakan bahawa petugas kesihatan dalam analisis sistematik ini mempunyai keinginan untuk membunuh diri.

Keywords


kesihatan mental; petugas kesihatan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan